Tuesday, March 29, 2011

Project - Ideation & Sketch

Project - Research (field)

Adat Perpatih:

satu sistem kemasyarakatan yang diamalkano oleh penduduk melayu watan di enam buah daerah:

    • Jelebu
    • Jempul
    • Kuala Pilah
    • Rembau
    • Seremban
    • Tampin


Faktor Perbezaan dengan Adat-Adat Lain:

    • Penekanan penjuraian keturunan melalui nasab ibu
    • mempunyai perlembagaan tersendiri dalam bentuk perbilangan(panduan tentang atur hidup yang paling ideal)


Sistem Adat Perpatih:

    • Peraturan hidup yang mantap dan kekal
    • hukum atau undang-undang yang mempunyai balasan dan denda
    • bayaran rasmi dalam satu perjanjian atau transaksi yang bersifat cukai
    • upacara dan peraturan biasa dalam melakukan acara atau periti
    • hukum alam atau sifat semula jadi


5 Prinsip Utama:

    • Keturunan dikira melalui nasab ibu
    • Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri
    • Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka
    • Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang
    • Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku


Details Explaination:

kenapa wanita diutamakan dalam adat perpatih(harta pusaka)?

    • ini kerana harta pusaka adelah tanah wakaf. tanah wakaf adalah hak milik tetap. tidah boleh boleh di agihkan kepada kerabat yang lain

cara penyelesaian jika berlaku permasalahan?

    • boleh keluar dari suku yang asal dan berpindah ke suku yang lain. tetapi perjanjian haruslah di buat di antara kedua-dua belah pihak sesama suku. majlis upacara secara sederhana di galakan bagi menyebarkan perkara itu.
    • boleh menagamalkan “kundi”, iaitu mengambil seorang anak angkat(perempuan) bagi menjadikan beliau sebagai waris terhadap harta pusaka atau sebagai tempat mengadu sebarang masalah

Monday, March 28, 2011

Project - Research (internet source)

Sejarah


Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Struktur Masyarakat

Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu

Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan.

Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga.

Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang.

Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

  1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
  2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
  3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
  4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
  5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.


Pembahagian Harta


Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat.

Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki.

Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup. Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Saturday, March 19, 2011

Project - Proposal

Description


These project are all about malaysia and culture heritages. For this project, the malaysia and culture heritage that been chosen are “kaum minang”. These culture are located at Negeri Sembilan, Malaysia. There are a lot of heritages contained for this culture. The heritage that will be provided in the interactive application is “adat perpatih” that are available in the culture itself. Interactive applications also will be provided in two-ways communication style which user will participate themselves in order to gain information or knowledge of the “kaum minang”.


Objectives


  • Reveal the history of “kaum minang” itself
  • Provide info that are related to the subject
  • Attract user by letting them discover the uniqueness of “kaum minang”


Target User


  • Teenagers (ages range from 17-24)


Goals & Benefits


  • Users will know at least brief of the “kaum minang”
  • “Kaum minang adat perpatih” will be known by the user


Project Management




Reference Links:

Sunday, March 13, 2011

Assignment 1

this is the final poster design for my submission

Sejarah tepak:

Alat kebesaran dan tanda kebudayaan Raja-Raja dan masyarakat Melayu turun temurun.
Diletakkannya di dalam sebuah pahar beralas kain baldu kuning Raja.
Komponan tepak sirih:

Bekas sirih – saiznya hampir serupa dan berbentuk pipih, lebar pada bahagian mulut (8 sm) dan menguncup pada bahagian bawah (6 sm) dan tinggi (10 sm). Ada berbentuk segi lapan atau segi enam.
Cembul – komponen di dalam tepak sirih terdiri daripada lima ramuan untuk pinang, kapur, gambir, tembakau dan bunga cengkih.
Kacip – berfungsi untuk membelah buah pinang yang keras.
Gobek – berperanan seperti antan dan lesung untuk melumatkan sirih. Nenek tua yang sudah tidak mempunyai gigi akan berdamping rapat dengan gobek bagi membolehkannya menghilangkan ketagihan makan sirih.
Celepa – untuk mengisi tembakau atau piak sirih. Sesuai digunakan untuk seseorang itu merantau jauh.
Ketur – dikenali sebagai tempat berludah dan menjaga kebersihan.
Makna tersirat:

Sirih – Diertikan sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain.
Kapur – Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah.
Gambir – sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.
Pinang – Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur.
Tembakau – Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal.

Class exercise

law of proximity
where both of this object tend to perceived as a group

law of continuity
where the effect of bird chipping & gunshot fire tells viewer to look the image from left to right

law of figure(complex)
the images itself changes upon perceiving from 1 object to another

law of figure(complex)
the images itself changes upon perceiving from 1 object to another

law of proximity
the whole image combined together and form a complete image

Assignment 1

raja melayu poster design

poster design 1
poster design 2
poster design 3

Assignment 1

tepak sireh poster design

poster design 1

poster design 2

poster design 3

Monday, March 7, 2011

Assignment 1

Task : design a poster in a2 format

here are some research & ideas that i've done..

chinese culture
- yin yang,tang-long,lion dance,firecrackers,mooncakes
baba nyonya
- kebaya,famous dish bowl
malay culture
- tepak sirih
hindu culture
- kolam

links:
http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_New_Year
http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_New_Year#Fireworks
http://en.wikipedia.org/wiki/Yin_and_yang
http://en.wikipedia.org/wiki/Mooncake
http://www.answers.com/topic/kolam-2
http://www.simplysearch4it.com/article/37160.html

here is the link for "fundamental of poster 101"
http://abacus.bates.edu/~bpfohl/posters/

this only my brainstorming session and my final idea is not there yet :)