






Factor differences with other traditions:
System of adat perpatih:
Keys of principle:
Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama:
satu sistem kemasyarakatan yang diamalkano oleh penduduk melayu watan di enam buah daerah:
Faktor Perbezaan dengan Adat-Adat Lain:
Sistem Adat Perpatih:
5 Prinsip Utama:
Details Explaination:
kenapa wanita diutamakan dalam adat perpatih(harta pusaka)?
cara penyelesaian jika berlaku permasalahan?
Sejarah
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.
Struktur Masyarakat
Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu
Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan.
Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga.
Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang.
Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
Pembahagian Harta
Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat.
Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki.
Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup. Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).
Description
These project are all about malaysia and culture heritages. For this project, the malaysia and culture heritage that been chosen are “kaum minang”. These culture are located at Negeri Sembilan, Malaysia. There are a lot of heritages contained for this culture. The heritage that will be provided in the interactive application is “adat perpatih” that are available in the culture itself. Interactive applications also will be provided in two-ways communication style which user will participate themselves in order to gain information or knowledge of the “kaum minang”.
Objectives
Target User
Goals & Benefits
Project Management
Reference Links: